CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 12 Disember 2008

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DI TAMAN SRI KEMUNING TEMERLOH

Persembahan dikir barat kat taman sri kemuning anjuran persatuan g40 sahabat pahang fm

Kumpulan SRI ANGGERIK DESA ANAK GAJAH


kumpulan SRI ANGGERIK DESA .ANAK GAJAH. BATU BALAI. JERANTUT PAHANG Di tubuhkan pada awal tahun 80an. Bermula di bawah pimpinan allahyarham EN. MOHAMAD BIN SAAMAH. di mana pendikirnya silih bertukar ganti dan sahingga kini pasukan ini telah di terajui oleh oleh saya sendiri ABELITOKJORO selaku pengurus pasukan.Pasukan ini di kemaskini pada 1hb januari 2008.Terdiri dari 30 anggota. Seorang Tok Joro.Seorang Tukang Karut 5org pemain alat muzik tadisional dan 23 awak-awak. Matlamat asal pasukan ini di tubuh kan adalah untuk memupuk genarasi muda belia di sekitar Batu Balai agar lebih cenderung kepada kebudayaan yang sihat berwawasan serta gemilang bagi diri .. bangsa dan negara.. Mendidik belia agar tidak terjerumus ke arah kegiatan yang tidak bermoral.terutama gejal DADAH dan masaalah SOSIAL yang semakin mencabar di abad ini.Saya dan Pemimpin belia yang perihatin terhadap belia kita berusaha mentarbiah belia yg berkumpul semasa latihan dlm membentuk keperibadian yang luhur... latihan diadakan sebanyak 3 kali seminggu. Hari Jumaat mlm Sabtu.hari Ahad malam Isnin.dan hari Rabu malam Khamis.. Latihan bermula jam 9.30 malam dan ber akhir jam 11.45 mlm... Pasukan kami juga telaj memenuhi undangan di majlis formal dan tak fomal.. Seperti majlis kenduri perkahwinan..majlis keramaian.. majlis perasmian yang di anjurkan jabatan kerajaan dan badan bekanun...pasukan kami pernah menyertai pertandingan dikir barat yang di adakan seluruh negeri pahang. pernah di jemput untuk rakaman di radio PAHANGFM.. mana-mana individu atau pun jabatan kerajaan serta badan bekanun yang berminat untuk menjemput pasukan kami mengadakan persembahan.. Tuan boleh lah menghubungi saya ABELITOKJORO di talian 0199487504.. kami mengenakan sedikit bayaran. Mengikut Lokasi dan jarak perjalan kami bagi mengadakan persembahan tersebut....